Wednesday, June 15, 2011

Semuanya di bawah kekuasaan Allah..insya'allah semua baik2 sahaja :)

Alhamdulillah dah 2 hari buka sekolah sy tak mengalami morning sickness yg teruk semasa bekerja, malah tak rasa mual yg teruk juga. Risau juga sebab minggu ni dh masuk minggu ke-7 kehamilan. Tp menurut doc yg merawat sy iaitu doktor Daud di PUSRAWI, sy kena tgk minggu ke-9 or 10 mungkin ada alahan yg teruk. Apa2 pun sy berdoa agar kesihatan sy dan kandungan ini baik2 shj. Hari ni gembira sebab hb baru blk dr Langkawi dan belikan byk jajan (coklat) kegemaran sy. Tapi sy tak bole mkn byk huhu..(doktor Daud kata takut nnt risiko kena kencing manis) so sy mkn berpada2 jerla asal tak kempunan huhu...pastuh terlaksana gak nak makan rojak petis (ngidam).Dinner td hb bawa mkn ke gerai yg ada jual rojak tuh.Tp sy pesan pd bdk yg jual tuh taknk nenas dlm rojak, hanya nk jambu batu dan mangga shj.Mkn pun tak byk sbb sy mmg jaga pemknan maklumlah apa2 pun bole terjadikan jd baik berpada2..sy hanya mkn utk melepaskn rasa mengidam nih. Selebihnyer hb lah yg abehkan hehehe...

Emosi sy pun dh stabil selepas membaca blog rakan-rakan yg mengandung seperti sy. Ya memang terasa lapang dada bila ada rakan2 yg telah selamat melahirkan bb mereka walau pun secara pembedahan dan ada juga yg sedang menunggu hari (9 bln) melahirkn dan dijangkakan bersalin normal. Byk juga pengalaman yg mereka kongsikan. Dan kebanyakkannya pun mengandung sulung seperti sy.Yg penting sy mesti berfikiran positif. Abaikan cerita2 yg kurang enak dan sy pun perasan bila byk mendekatkn diri pdNya, secara tak langsung emosi dalaman jd tenang, morning sickness pun kurang. Bila mengadu pdNya mmg rasa sgt tenang dan insya'allah Allah akan melindungi sy dan bayi yg dikandung ini. Ujian ini sebenarnya menguji kesabaran kita dan menyebabkan kita lebih dekat pdNya...

Antara amalan2 yg diajarkn ustazah pd sy yg elok diamalkan semasa mengandung...

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Pesan ustazah...
1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn

No comments: