Monday, May 23, 2011

Dugaan...Hanya yg terpilih menerima ujian dariNya...

Entry kali ini sy ingin berkongsi perasaan tentang kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yg berlaku ptg Jumaat lepas. Walaupun letih kerana baru sampai dr kg (hb minta sy tidur dulu cuz esk kena bekerja n sambung esk shj menaip blog ini) tetapi hati sy tdk tenang jika tdk menulis luahan perasaan ini sblm tidur. Dah menjd rutin pula skrg ini up-date blog sblm masuk beradu.
Apabila sy mendengar berita di tv tentang kejadian itu sy tidak mengambil perhatian sgt.Ketika itu sy tlh berada di kg. Tetapi apabila rakan sy Suraya menelefon dan memaklumkan pd sy bahawa salah seorg mangsa yg tertimbus ialah rakan kami yg merupakan penjaga rumah ank2 yatim dan anak2 Hidayah Madrasah Al-Taqwa sy benar2 terkejut dan sprt tdk percaya. Terbayang2 lagi wajah Irwan (rakan kami itu) bersungguh2 bercerita ttg 'anak2 beliau' dirumah anak2 yatim tersebut. Irwan merupakan seorg ank muda yg sgt humble. Dia berasal dr Muar (hometown sy) namun dia membesar di KL. Orgnya simple shj namun dari pengamatan sy, rakan kami ini seorg yg warak dan alim. Ilmu agamanya tinggi namun dia tdk menunjuk2.Sy baru tahu yg dia sudah byk kali mengerjakan umrah.Kami kenal pada hari raya tahun 2005 dimana pd waktu itu Suraya mengajak sy menemaninya beraya ke rumah parent Irwan di Pagoh. Dia menerima sy sprt kwn2 yg lain dan tidak mengadili sy berdasarkn perwatakan sy (maklumlah sy free hair)
Kini Irwan terlantar di wad ICu Hospital Ampang dgn keadaan yg menyayat hati serta membuat hati sy tersentuh dan sedih (apatah lagi kwn sy Suraya yg sgt rapat dgn beliau) Dia kehilangan kaki kanannya akibat kecederaan yg teruk. Esk sy akn pergi melawatnya. Sy berdoa pd Allah semoga dia segera sembuh dan terus tabah menghadapi hari mendtg. Sy percaya ada hikmah yg Allah ingin tunjukkan dr bencana ini. Jika difikirkn tdk patut org sebaik dia ditimpakan bencana sehingga kehilangan kakinya..namun dugaan yg Allah timpakan pd kita sebenarnya ada byk hikmah dan ada sebabnya. Bila memikirkan kesusahan dan dugaan org lain sy berasa insaf bahawa bkn sy seorg diberi dugaan dlm kehidupan, ada org lain yg diduga dgn lebih teruk lagi. Dan satu yg sy ingat ustaz pernah memberitahu pd sy yg Allah takkn uji hambanya jika dia tahu hambanya itu tdk kuat menerima dugaan itu....sekrg sy mengerti mengapa dlm hidup sy ada byk ujian yg Allah bagi termasuk dugaan yg sy hadapi skrg...hanya wanita terpilih yg redha  dan sabar dpt menerima dugaan ini...
Kesimpulannya semua dugaan dlm hidup sebenarnya mendekatkn lagi diri kita padaNya kerana hanya Allah shj tempat kita mengadu dan meminta pertolongan...semoga Irwan, Suraya, sy dan ramai lagi org yg ditimpa dugaan hidup akn terus tabah dan sabar menghadapi kesusahan yg diuji oleh Allah...amin.

2 comments:

Edi said...

mmg menyayat hati ape yg berlaku... semoga irwan cepat sembuh..

fidanie said...

Thanks Edi..sama2 kita berdoa utk Irwan dan mangsa2 yg lain.