Thursday, December 4, 2014

Alhamdulillah...terusir yang membawa seribu rahmat.

Assalamualaikum.Masa cepat sahaja berlalu.Tahun 2014 pun hampir melabuhkan tirainya.Hampir setahun saya tak up-date blog ini.Sepanjang masa itu banyak perkara telah berlaku dalam kehidupan saya. Ada yang menggembirakan dan ada yang mendukacitakan.Benarlah janji Allah bahawa Dia akan memberikan ganjaran kepada hambaNya yang sabar diuji. Apa yang diambil akan digantikan dengan yang lebih baik. Begitu juga Allah menyebut dalam Al-Quran bahawa perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat juga. Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah.Begitula halnya dalam kehidupan saya. Panas tidak sampai ke petang.Masjid yang dipertahankan selama ini runtuh jua lantaran sikap manusia yang terlalu mengikut nafsu dan terbuai dengan bisikan syaitan. Saya tidak menyangka Syawal terakhir tahun ini merupakan hari terakhir saya bergelar seorg isteri.Sudah dua hari suami block sy dari wassup.Mesej pun tidak dilayan. Puncanya kerana saya minta penjelasan tentang suatu panggilan yang saya terima dari seorang wanita yang mengaku telah menjalin hubungan dengan suami.Menurutnya dia seperti adik angkat kepada madu saya dan telah mengenali suami sejak tahun 2010 iaitu sebelum saya berkahwin dengan suami.Apa yang saya terkilan wanita itu menyatakan pada saya yang saya telah pun diceraikan suami. Allahuakbar...beristigfar panjang saya...tidak terlintas langsung dibenak fikiran saya tentang hal bercerai-berai ni apatah lagi sepanjang tahun 2014 hubungan saya dan suami memang baik. Tiada pergaduhan yang besar jika ada pun hanya tentang permintaan saya yang inginkan suami memberi giliran sebanyak 2 hari sahaja untuk saya dan anak.Apatah lagi Qaseh sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah. Mengimbas kembali hari saya menerima panggilan telefon dari wanita tersebut. Petang Rabu 20 Ogos. Hati saya berbunga-bunga mahu menyiapkan kek lapis keju pandan untuk diberikan pada madu saya. Semalam suami ada datang seperti biasa cuma agak janggal kerana dia tidak mahu naik ke rumah mahu pun menjenguk Qaseh di rumah pengasuhnya.Dia hanya datang untuk menunjukkan saya jalan ke HKL kerana saya ada urusan di sana. Secara tergesa-gesa suami memecut laju balik ke rumah madu. Berbalik pada petang Rabu 20 Ogos: Waktu sedang sibuk membakar lapisan kedua untuk kek lapis pandan-keju, tiba-tiba saya mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan. Suara perempuan itu kedengaran seperti kelam-kabut. Saya menenangkannya dan minta dia jelaskan apa tujuannya menelefon saya. Saya agak terkejut mendengar pengakuan perempuan tersebut yang telah menjalin hubungan yang rapat dengan suami dalam tempoh setahun ini. Tetapi yang paling membuat air mata saya tumpah dan bercucuran keluar ialah apabila mendapat tahu yang saya akan diceraikan suami dari mulut perempuan itu...sampai hati suami saya memperlakukan saya begini. Saya redha menerima perempuan itu sebagai madu kerana saya meyokong poligami dan faham indahnya poligami dalam Islam. Malangnya suami sanggup mahu menceraikan saya dalam usahanya mahu menikahi perempuan tersebut. Sedang melayan kesedihan dan masih dalam mood terperanjat,saya tidak sedar yang dua lapisan kek dalam ketuhar sudah pun rentung dan hanggit. Ya Allah! Tidak kesampaian hajat saya mahu menghadiahkan kek lapis pandan keju kepada madu saya...berjuraian air mata bukan kerana kek lapis saya hangus tapi kerana mendengar perkhabaran yang saya akan diceraikan. Terasa seperti dunia terhenti dan mahu demam selepas mendapat panggilan telefon daripada perempuan tersebut. Pada malam itu perempuan tersebut menelefon saya sekali lagi. Saya nasihatkan supaya dia berfikir dengan semasak-masaknya, dan membuat solat istikharah kerana saya tidak mahu dia kecewa nanti apabila telah keputusan yang bakal dibuatnya bukan indah seperti mimpi-mimpinya. Namun demikian saya redha dan akan menerimanya sebagai madu kerana saya juga berkongsi kasih. Namun demikian perempuan tersebut menegaskan kepada saya yang dia akan memutuskan perhubungannya dengan suami. Dia menyatakan dia tidak berminat dengan polugami dan dia telah ditipu oleh suami. Masa berlalu... Pada tanggal 26 Ogos jam 6 petang suami saya telah menghantar satu wassup. Waktu tu saya baru pulang dari bekerja. Perasaan saya sangat gembira apabila menerima wassup dari suami. Maklumlah dua hari suami block saya tentu hari ini dia wassup utk bertanya khabar anak kami Qaseh. Allahuakbar.... Terhenti jantung saya tika membaca isi kandungan wassup dari suami. Ini bunyinya...
Tiada apa lagi yang mampu saya lakukan untuk menyelamatkan masjid saya... saat dan ketika itu saya hanya mampu menangis dan mengadu padaNya... Saya sms madu dan madu saya juga terperanjat dengan apa yang berlaku. Menurutnya suami ada menyatakan hasratnya mahu menceraikan saya pada bulan April yang lalu. Madu saya agak terkejut dan pelik kerana dia tidak nampak kami ada konflik dan baik-baik sahaja sepanjang tahun 2014 ini dan bertanyakan sebab suami mahu mengambil tindakan tersebut. Jawapan suamu ialah kerana dia sudah tidak larat lagi. Allah... tidak larat?? Sedangkan dia sendiri jarang-jarang datang memberi giliran. Satu perkara yang lebih memeranjatkan saya ialah rupa-rupanya suami dan perempuan ke-3 itu telah kantoi dengan madu saya pada bulan puasa yang lepas. Madu saya memberitahu saya perempuan itu memang dia kenal dah lama dan anggap seperti adik sahaja. Tetapi dia tidak menyangka perasaan perempuan itu terus berubah jatuh cinta kepada suami selepas suami membeli kereta BMW 5s pada tahun ini perempuan itu mula menjalin hubungan yang intim. Perempuan itu pula tinggal berhampiran dengan tempat kediaman saya. Satu perasaan hiba dan terkilan mengenangkan saat-saat saya dan anak tertunggu-tunggu kedatangan suami, rupanya suami di tempat yang hampir dengan kami sedang melakukan perbuatan yang membawa kemurkaan Allah kepada dirinya. Allahuakbar... Malam selepas wassup talak diberikan suami, saya wassup pada perempuan itu untuk menyatakan perasaan saya yang telah keruntuhan masjid. Dan ini jawapannya...
Sepanjang malam saya mengadu kepadaNya. Air mata berlinangan hiba. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya.Apa salah saya dan anak sehingga kami terusir dengan cara yang begitu tragis. Tragis mengalahkan para isteri yang kehilangan suami akibat kemalangan atau kecelakaan. Selama ini saya bersabar dengan ujian sebagai isteri kedua yang tidak mendapat hak yang wajib seperti giliran. Dalam hiba saya terkenang pula bagaimana saya menahan kesakitan saat mahu melahirkan anak tetapi malangnya suami saya enggan untuk datang ke hospital memberi kata-kata semangat kepada saya tanpa sebab yang munasabah. Tindakannya memang kejam pada ketika itu. Air mata saya mengalir ketika itu bukan air mata kesakitan mahu melahirkan tetapi kerana sedih dan terkilan dengan sikap suami. Tidak cukup lagi dia anaiya saya dan anak dengan talak yang diberi seusai anak berusia 2 tahun. Keesokkan harinya saya ke klinik swasta berhampiran rumah untuk mengambil ubat demam dan surat cuti sakit disebabkan trauma dan terkejut diceraikan secara tiba-tiba. Didepan doktor perempuan lewat 50-an saya menangis teresak-esak menceritakan musibah yang melanda saya. Doktor tersebut diam tidak terkata melihat saya. Diberinya saya masa untuk bertenang. Tisu dihulurkan. Seketika kemudian dia bertanya tentang anak saya. Katanya bersabar lah. Ada hikmah apa yang berlaku. Terus tabah menghadapi hari-hari mendatang. Selepas ke klinik saya tidak bertangguh dan segera ke mahkamah syariah untuk menfailkn lafaz talak melalui wassup itu. Selepas ini bermulalah perjuangan saya di mahkamah untuk mendapatkn hak-hak seorang isteti yang diceraikan tanpa sebab munasabah di sisi syarak. Allah sahaja yang Maha Adil yang akan menentukan kifarah mereka semua. Walau perit dan payah untuk memaafkan namun saya berdoa semoga semua yang terlibat terutama bekas suami diberikan hidayah dan akan insaf diatas perbuatan yang kejam ini.