Sunday, July 22, 2012

Ramadan yang bermakna

Alhamdulillah, bertemu lg Ramadan Al-Mubarak. Cepat jer masa berlalukan? Last year sy dpt berpuasa penuh walaupun hamilkan Qaseh 5 bln. Tahun ni plak berpuasa dgn kehadiran si kecil tentulah lbh bermakna lg utk sy dan hb.Selain itu rumah baru utk kedua orgtua sy dh pon siap dan kami semua gembira dpt menduduki rumah baru tu pd 1 ramadan semlm. Bahagia melihat kegembiraan kedua orgtua sy yg seronok dpt sebuah rumah baru yg ditunggu sekian lama. Ya, bahagia bkn shj bersandarkan pd harta benda dan sebagainya. Sebaliknya bahagia ialah bila kita gembira dpt menyebabkn org lain gembira.

Sebelum blk ke kg myambut bln puasa yg kebetulan jatuh pd hujung minggu, sy sempat membakar kek lapis Sarawak. Dah lama sy tak melapis. Bila dh start jer melapis wah pasni insya'allah ada jerla kek lapis yg lain yg akn myusul. Bkn apa dh lama tak melapis sbb hamil last year n awl thn bersalin so takder masa nak buat ratu kek utk segala kek nie hehe...maklumla nk melapis ni memerlukan kesabaran yg tinggi. Syukur jd gak kek lapis india atau lbh dikenali dgn panggilan kek lapis Cadbury. Rasa kek ni mmg sedap!



Bunga orkid ayh tanam....
Alhamdulillah Ramadan 1433 n Syawal ini dptla orgtua sy beraya di rumah baru mereka 
Lil qaseh bersama sepupu sepapat @ rumah baru nenek...

Resepi kek lapis India@Cadbury


Bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur 
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.





Thursday, July 12, 2012

Hectic day!

Phewww~~... lama tak up date N3. Bz,bz,bz...lil Qaseh Humaira pon mragam jer so sy tak bole dok lama dpn lappy. Nak tunggu mid night mata pon dah layu hehe....
Well, this week my school concert practice dah sampai pd full swing. Konsert tahunan sek mmg wajib cuz di private school perkembangan dan minat student dlm bidang kesenian amat digalakkan utk mengimbangi pendidikan yg diterima. Muzikal tis year is Oliver Twist. Sy ditugaskan dlm team foyer dan utk tugasan lain pula ialah refreshmnt for VIP. Ketua sy minta tiap team member masakkan sesuatu. So i decided to do double chocolate brownies by sis Rima the famous food blogger tu :) http://www.bisousatoi.com/2011/06/it-has-to-be-chocolate.html

Syukran! hari nie sempat gak sy bakar 4 adunan brownies tersebut utk VIP refreshment pd mlm konsert esk.. Dua colleagues yg berminat nk belajar mbuat brownies tlh byk bantu sy kt bilik domestic science yg cantik tu hehe..

Gambar tak sempat up-load lg. Eskla sy akn up-load gambar utk brownies tersebut. Student sy suka btol dgn brownies tu sbb penuh rasa coklat yg lazat ;))

Ok nie dia gambar2 masa baking brownies yg enak tu ;)










Sunday, July 1, 2012

Brownies again! Marble Cheese brownies.


Sy mula membeli satu persatu kelengkapan baking sejak mula2 berminat dgn hobi memsk kek dan cookies. Last month dh beli timbang digital, so this month sy beli pula tray alas menyapu topping pada kek yg boleh dipusingkan (kerja melepa buttercream or cream cheese pd kek akn mjd lbh mudah!). Tray tu sy beli dr kedai pembekal kek yg sy biasa beli brg2 baking. Ada dua jenis tray kat kedai tersebut tp fida beli yg jenis plastik sebab ia murah berharga RM18 shj  ;)) 
Target item akn dtg pula ialah bread maker. Pastu nak cari marble utk alas mencanai pastry (minta hb tlg cari kt kedai jual mozek dia tak cari2 lg..sigh :((  )

Sy nie kalo dh ke kedai baking supplier tu mcm2 yg dibeli. Bkn takat tray kek tu, sy beli lg stok nozel dan loyang brownies. Tp loyang tu mmg fida takder lg so worth it lah mbelinya. Tu yg blk2 jer dr kedai terus teruja nk buat marble cheese brownies nih ;P So, weekend baking sy kali nie ialah brownies again! Mmg berbaloi2 buat brownies ni sbb ia enak dan penuh rasa coklat serta keju.

 Keju VS coklat, ermmmm YUMMYLICIUOS!!

My darling NIKON D3000 dipijam adik lg :(( brownies nie terpaksala shot dgn digital camera ..bt no bad! ;)


MARBLE CHEESE BROWNIES 

Bahan-bahan Brownies : 
250g butter 
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair 
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bikarbonate 
1 tsp esen vanilla 

Cara-cara: 
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. 
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. 
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. 
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. 


Bahan-bahan lapisan cheese: 
250g cream cheese 
1 cwn gula castor 
1 biji telur gred B 

Cara-cara: 
1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. 

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.