Friday, November 25, 2011

Trimester terakhir yg mendebarkan: 30 weeks

Minggu nie adalah minggu ke-30 kehamilan sy.Time fly so fast ya..dr 6 weeks kehamilan sy skrg dh masuk minggu 30. Alhamdulillah bersyukur pd Allah so far sy n my lil one di dlm tu sihat. Semlm bertemu O&G sy Dr. Daud. Mcm biasa kena bebel dgn dia huhu.. katanya "Kamu nie kurang zat besi n kalsium..bla2..." Sy tersenyum sumbing bila kena marah dgn doc. Mmg sy slalu failed nk minum 2 gelas susu coklat ANMUM tu tiap ari. Selalunya sy minum 1 mug waktu pagi atau mlm sblm tidur. Ada org kata minum susu bb jd besar...hm...tp bg sy minum susu utk kepentingan pembesaran bb n ibu juga. Apa2 pun mesti kena minum susu! So berazam lg 2 bln nie mesti minum 2 cwn by hook or crook, insya'allah. Tp sy perasan kalo sy minum susu mesti pastu rasa nk buang air besar terutama yg perisa asli sebab tu sy tukar minum perisa coklat. Selain tidak muak rasanya pon lbh sedapla huhu...

Nak, mama menunggu kelahiranmu dgn sabar...mama akn merindui saat2 bersamamu waktu kau didlm rahim mama..menemani mama waktu susah dan senang...semoga Allah permudahkn segalanya..amin.

Masa jumpa doc sy bgtaw yg sy nak tgk scan bb sy dlm bentuk 4D. Nak taw apa doc ckp? 'Kamu kalo nak tgk tak bole berniat nnt bb kamu malu kt dlm tu.." Eh mmg betul apa yg doc Daud bgtaw tu. Bila scan my lil one mmg cover muka dia dgn tgn :( ...Hm dlm hati sy, " Baby ***** nie pemalu yer dgn doc.. " (sy n hb mmg dh ada nama utk dia tp kami berdua jer panggil nama tu, insya'allah jika selamat semuanya baru akn dimaklumkan nama our lil one tu..)


My little one...nmpak wajah dia sikit jer...tgn my bb cover sebelah mukanya, n sometimes dia hisap jarinya.. pemalu rupanya ank mama nie yer :)

Sekejap jer my Jr. tu angkat tgn dia,hisap jari sekejap pastu cpat2 dia tutup lagi muka dia hehe....Sy ada terbaca artikel dlm blog kehamilan bahawa hubungan ibu dgn bayi akn lg kuat apabla melihat monitor semasa proses scan dilakukan. Ya, perasaan sy waktu itu sgt terharu...semoga si kecil sy selamat dilahirkn dan sy dpt menatap wajahnya yg suci itu..insya'allah amin... Doc juga bgtaw yg rambut dia dh tumbuh tp sikit2..hehe..teringat gambar my hb masa dia baby dulu..rambut sejemput jer..agaknya kalo si kecil nie rambut sikit ikut ayah dialah tu ;) Tetapi sy tetap bimbang sbb doc Daud bgtaw kedudukan bb belum turun ke bawah sepenuhnya disebabkan bentuk rahim sy.Jika keadaan songsang ini berterusan sehingga 9 bln kemungkinan besar sy akn di Czer... Doc bgtaw sy byk2kn pujuk bb n berdoa semoga kedudukan bb turun ke bawah. Dia tdk benarkan pergi berurut dan sebagainya kerana risiko sgt tinggi. Jd sy ikut jerla nasihat doc kerana mereka lbh arif dan pakar. Pd sy melahirkn secara normal atau Czer, yg penting kedua2nya slamat, ibu dan ank.

Skrg sy mula membeli sedikit brg2 baby sebab mak sy kata dah masuk 7 bln bolelah beli apa2 yg penting sprt baju dan kelengkapan yg lain. Stand-by sbb manalah taw berlaku kelahiran awal..doc pon ada bgtaw ttg hal itu. Sempatlah sy shopping dgn hb beli baju newborn 3 psg, mitten n booties serta lampin. Blanket n towel dan yg lain2 tu next shopping plak huhu...bkn nk beriya2 sgt tp baik bersedia apa2 yg patut...dh masuk 9 bln barulah beli lg apa2 yg nak ditambah. Hm... masa dh cukup bln nnt sy bz nak naik kerja mmg takder masa nak g shooping tambah lg dgn tak larat nk bwk badan nie ;)


Suka bj tu sbb pink kaler n gambo cupcakes ;), tk sangka brand Modernmom ada jual bj bb ada size newborn plak tu. Tp tk byk koleksi. Sock tu pon sy suka bangat sbb poka dot huhu ;))




Purple sock nie pon sgt comel! Sy berkenan dan beli gak nnt bole padankn dgn bj bb kaler purple hehe ;) [mama bb yg lbh2 nih ;PP ]

Yg ini face towel for bb. Jln2 kt Parkson nk window shpg tgk apa SALE yg ada utk kelengkapan baby dan ternmpk face towel yg cute mute nih. Belilah satu huhu ;)










Monday, November 21, 2011

Masak lemak pucuk paku tempoyak berudang

Haih time preggy mcm2 la tekak nk mkn. Kalo kt kg tentu mak jd mangsanya kena mskkn utk sy (bila lg nk bermanja dgn mak kan huhu..) Sy slalu belanja brg2 basah di pasar belakang umah. Semuanya lengkap kt situ. Baru sethn kompleks komuniti tu dibina dan pasar lama telah berpindah ke situ. Jd mudahlah penghuni yg menetap di kwsn umah flat n apartment yg berhampiran nak bershopping di pasar basah sbb mmg sgt dekat. 2-3 minggu lepas sy dok mencari tempoyak kt gerai makcik yg slalu jual ulam2,telur itik dll. Sy tanya tempoyak makcik tu kata.." lahai.. tak ada musim skrg nie nak...." Hm sy frust, huhu...encik abg kata kt pasar Chow Kit maybe ada. Tp sy kata takperla nnt kalo ada rezeki adalah tempoyak tuh. Mmg rezeki sy, baru2 nie mcik gerai tu simpankn tempoyak khas utk sy. Agaknya dia ksian tgk sy mak buyung teringin nk mkn tempoyak hehe...alhamdulillah tertunai gak hajat di hati nk mkn msk lemak pucuk paku tempoyak berudang. Sy kalo dh dpt mkn tu puas hatilah n tak adalah msk slalu menu nie. Tp encik abg mmg suka msk yg mcm nie. maklumlah org nogori lah katakan. Cuma sy taknk biasakan sbb kolestrol yg tinggi tak elok utk kesihatan dia....Moralnya  bila  mkn nie nk kena beringat gak...makan berpada2...makan untuk hidup bukan hidup untuk makan hehe...   ;)

Kalau ada udang galah lagi best! hehehe....


MASAK LEMAK PUCUK PAKU TEMPOYAK BERUDANG

BAHAN:
1 ikat pucuk paku
udang secukupnya
1 santan cair
2 cawan santan pekat
4 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
2 batang serai*
10 biji cili padi (tak suka pedas kurangkan)*
segenggam ikn bilis*
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb tempoyak
garam,gula dan asam gelugur secukup rasa

Cara membuat:
1- Tumbuk kasar semua bahan yg bertanda *
2-Campurkan santan cair dgn bhn2 yg ditumbuk dan juga udang ke dalam periuk
3-Masukkan pula tempoyak, asam gelugur, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
4-Masukkan santan pekat dan pucuk paku, sentiasa kacau utk elakkan santan pecah.
5-Apabila hampir mendidih tutup api dan bolehla dihidangkan bersama nasi panas,sambal belacan dan ulaman.


Caramel Bread Puding With Custard Sauce

Cuti sekolah hujung tahun dah pon bermula. Sehari sebelum sek tutup sekolah sy mengadakan annual dinner utk academic n non-academic staff di Royal Lake Club. Sy enjoy mkn ala buffet masa dinner tu. Menu bg sy walaupon tak pelbagai sgt tp oklah ada tosay,beef steak,salad,nasi kerabu dan lauk pauk ala indian style. Teringat2 plak dessert bread puding yg enak semasa dinner tempoh hari. So weekend lepas sy pn buatlah bread puding for the first time! ;) slalu dgr org kata mudah jer buat resepi nie. Jika di rumah kita ada roti yg terbiar atas meja tuh tak habis n expired mcm tu jer lbh baik kita buatkn bread puding :) dessert nie sesuai utk minum pagi dan petang. Jika mkn panas2 lebih enak lg ;)



Sy surf punya surf kt tenet nie jumpalah satu resepi dari Yani di myresepi. Nmpk menarik hasil dr review frm rakan2 yg telah mencubanya. So sy pun trylah buat n hasilnya mmg enak! worth it! ;) Jika kurang suka manis bole kurangkan gula. Resepi asal tdk ada sos kastard ttp sy tambahkn sendiri sbb rasanya bertambah enak dgn sos kastard nie.

Fresh flower on sunday morning...i loikee it!


En.HB mkn sampai 2 potong, sy taknk dia mkn byk2 sebab dessert nie manis n kolestrol pon byk sbb ada telur huhu..tp cik abg nmpknya suka bread puding nie *sigh*

Selalu ckp dgn Mr.HB bila nk bg sy sejambak fresh flower?? hb akn reply baik bg coklat bole mkn dear ;)...hm... (" ,)>



Resepi Butter Bread Puding (adaptasi dr Yani myresepi)

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 3 keping roti
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)

Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Bakar acuan itu secara bain marie (dulang kek diletakkn dlm bekas yg berisi air) dan bakar selama 40-45 minit.

Sos kastard


Resepi sos kastard
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin air
4 sudu tepung kastard
gula secukup rasa (fida letak 6 sudu besar gula)
secubit garam

Cara membuat:
1- Campurkan susu,gula, tepung kastard,garam dan air dalam periuk.
2- Sambil jerang atas api yg kecil kacaukan bancuhan tersebut sehingga menjadi sedikit pekat. Jgn biarkn atas periuk mesti selalu kacau.
3-Apabila telah pekat, angkat dan sejukkan.



Tuesday, November 8, 2011

Moist Orange Mocha brownies

Sy belum pernah memasukkan N3 utk resepi brownies. Jadi kali ini sy akan kongsikan satu resepi my favorite brownies yg kaya dgn rasa coklat, orange n sedikit perasa mocha. Tekstur brownies yg lembut mmg enak apatah lagi jika dimkn bersama coklat ganache n ice-cream!
My nephew Fateh sgt gemarkan brownies ini. Si kecil Fateh bila mkn brownies nie mesti nak lagi dan lagi dan lagi hehehe...
Pendapat sy, brownies adalah satu resepi kek yg sgt mudah cara membuatnya. Kita tidak perlu risau bila brownies naik mengelembung kemudain turun semula setelah dikeluarkan dr oven. Kita juga tdk perlu rungsing jika permukaan brownies merekah kerana mmg kejadian brownies begitu. Brownies juga tidak perlu diputar lama. So apa lagi rakan2 blogger, mari kita buat brownies yg mudah ini utk santapan family atau temau yg bertandang.



My nephew Fateh. He love the brownies so much ;)


MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES
sumber : kak Nor Secubit Garam

Bahan A :
1 cawan butter cair / minyak masak
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
2 - 3 sudu besar sunquick orange

Bahan B : (kacau rata) - guna whisk
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred B

Bahan C : ( ayakkan )
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara - cara :
Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
Kacau bahan A supaya sebati.
Masukkan bahan B dan kacau rata.
Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
Bakar selama 45 - 50 minit.
Sejukkan kek dan salutkan dengan topping coklat.

Chocolate Topping
250 gm coklat masakan-(Ayu gunakan milk chocolate)
1 sudu besar butter
1 sudu kecil susu cair-(Ayu gunaakn 4 sudu kecil)

Cara-cara untuk topping :
Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.




Thursday, November 3, 2011

Swiss roll berinti Raja segala buah ;))

Assalamualaikum n hi semua. Lama sy tak mengetuk keyboard memasukkan N3 masakan sebab sy busy sejak kebelakangan ini dgn tugas2 di tempat kerja. waktu mlm nk mengadap lappy pon dah tak larat. Ini minggu terakhir 2nd trimester n next week akn masuk 3rd trimester for my pregnancy. *SIGH*.....skrg dah mula cpat letih....tapi hobi baking sy tak pernah pudar. Antara dessert yg telah sy try sepanjang waktu berhibernasi dr blog ini ialah kek pisang coklat dan swiss roll dgn filling cream durian. Thanks a lot to the dailydelicious.blog.com for the awesome recipe of banana chocolate cake ;D Swiss roll dgn filling durian pula sy adaptasi dari durian cream puff. Ternyata resepi kek span utk swiss roll ini memang the best! Sy dpt dari myresepi dot com dan resepi ini ditulis oleh Yani. Next time sy akn gunakan resepi yg sama utk vanilla swiss roll sy.
Untuk swiss roll cream durian nie sy hiaskan atasnya dgn kepingan almond so rasa kek ini bertambah lemak2 manis gitu ;))


Syukur, hajat di hati nak mkn durian dh tertunai. Nak mkn mentah sy masih takut2 sbb preggy so sy buatkn sbg filling utk vanilla swiss roll ini. Nasib baik hb jumpa durian d carefour berhampiran rumah. Lama juga mencari durian tp susah nk jumpa skrg cuz bkn musim raja segala buah nie...
Swiss Roll Filling Krim Durian

Basic kek span:


Untuk adunan ini kita boleh dapat 2 keping basic kek span dgn loyang 30x30cm

Bahan-bahan ( 30x30cm )
    • 4 biji telur
    • 60g gula halus
    • 3 sudu besar plain yogurt
    • 60g tepung gandum
    • 10g corn starch
    • esen vanila secukupnya
KAEDAH:
  1. Persediaan awal: Panaskan oven ke 170C. Alaskan dulang dengan kertas minyak. Sediakan meringue- pukul telur putih dan gula sehingga kembang.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning, esen vanila dan yogurt sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan no.2 ke dalam meringue. Pukul dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan pula tepung gandum dan corn starch yang telah diayak. Kacau perlahan-lahan dengan spatula.
  5. Tuangkan ke dalam dulang. Ratakan adunan tadi. Bakar selama 12 minit
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan
Filling Krim Durian
Bahan-bahan:
125 gm isi durian - dilecek atau dikisar
1 cup whipping cream
15gm gula aising

Kaedah:
1- Putar whipping cream bersama gula aising sehingga bertanduk
2- Masukkan isi durian yg telah dilecek tadi
3-Sejukkan dlm peti sejuk dalam 1 -2 jam sebelum disapu pada kek